PENGUKUHAN PASUKAN TEAM BUILDING
- This is a preview of the essay.
To view the full text you must login!
'Team Building' atau Pembinaan Pasukan bukanlah suatu istilah atau perkataan yang baru di kalangan masyarakat pekerja di seluruh dunia. Pada lewat tahun-tahun 80-an dan 90-an, 'Team Building' telah diakui oleh banyak syarikat perniagaan sebagai faktor penting dalam menyediakan perkhidmatan berkualiti dan untuk kekal bersaing. Di negara kita sendiri, budaya 'team building' semakin diberi perhatian oleh jabatan-jabatan sektor awam memandangkan kepentingan dan keupayaan 'pasukan' melaksanakan dan menyelesaikan tugasan di peringkat jabatan masing-masing.
INTAN sebagai institusi latihan bagi sektor awam negara memikul tanggungjawab dalam membantu pihak jabatan dalam aspek ini dan ekoran itu, kursus pengukuhan pasukan kerap dijalankan di kampus-kampus wilayah selain daripada kampus utama untuk memenuhi permintaan jabatan-jabatan kerajaan di seluruh negara. Bagaimanapun, istilah 'team building' kadangkala kabur ramai orang tahu bahawa mereka memerlukannya namun tidak begitu pasti apakah ia sebenarnya. Manakala dalam konteks kursus pengukuhan pasukan yang kini dilaksanakan di INTAN, adakah ianya selaras dengan ertikata sebenar team building?
Definisi 'Team Building'
Terdapat banyak definisi 'Team Building, namun secara umumnya ia dianggap merujuk kepada aktiviti yang boleh membina dan mengukuhkan sesuatu pasukan.
Dengan merujuk 'pasukan' sebagai sekumpulan manusia yang saling bekerjasama untuk mencapai satu matlamat yang dikongsi bersama, 'team building' adalah proses untuk membolehkan pasukan tersebut mencapai matlamat mereka.
Team Building is the process of enabling a group of people to reach their goal.
Team building is a process of awareness building...